Siakap Keli
Sumber: Aljazeera

(Video) Pelajar India Protes, Tolak Undang-Undang Kewarganegaraan Yang Didakwa ‘Anti-Muslim’

Protes terhadap Rang Undang-Undang Pindaan Kewarganegaraan (CAB) yang diluluskan Lok Sabha (Dewan Rakyat) pada Isnin malam dilaporkan berlaku di negeri-negeri Assam dan Tripura yang terletak di timur laut India.

Para penunjuk perasaan yang bertindak membakar beberapa kenderaan dan sebuah pasar di Tripura, mendesak agar rang undang-undang itu ditarik balik. Sejumlah besar pelancong dilaporkan terkandas di pelbagai bahagian di kedua-dua negeri.

Institusi komersial dan kedai di pasar-pasar utama di bandar Guwahati, Assam pula kekal ditutup susulan protes itu, menurut laporan media.

Para penunjuk perasaan berkata rang undang-undang itu adalah bertentangan dengan intipati dasar perlembagaan India.

Rang undang-undang itu dijadual dibentangkan untuk perbahasan dan kelulusan Rajya Sabha (Dewan Negara) pada Rabu.

Jika diluluskan Dewan Negara, undang-undang itu akan menjamin kewarganegaraan kepada pendatang yang terdiri daripada enam komuniti agama iaitu Hindu, Sikh, Jain, Buddha, Parsi dan Kristian dari Pakistan, Bangladesh serta Afghanistan, selain dibenarkan tinggal melebihi tempoh di India. Kecuali umat Islam daripada senarai itu tidak termasuk.

Berdasarkan video yang dikirimkan ini, menunjukkan ratusan ribu yang keluar menunjukkan perasaaan sehingga enam orang telah meninggal dunia di Assam.

Zon peperangan

“Bantahan tersebut dilakukan oleh Persatuan Guru Jamia dan bertujuan untuk menjadikan protes secara aman. Namun, tindakan pihak polis yang menghalang aktiviti ini berlaku seolah-olah seperti seubah peperangan,” kata salah seorang pelajar.

“Jamia telah berubah seperti zon peperangan, mereka tidak membiarkan sesiapa pun.”

“Kami sedang protes ini kerana ia tentang masa depan kami, tentang masa depan India sebagai sebuah negara sekular. Undang-undang kewarganegaraan ini seolah ‘tidak berpelembangaan’ bahkan mengabaikan umat Islam.”

Undang-undang ‘diskriminasi’ – PBB

Protes besar-besaran turut berlaku di tiga negeri – Assam, Tripura dan Meghalaya berikutan itu pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung dan perkhidmatan internet turut digantung.

Sementara itu, pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari Jumaat menyuarakan kebimbangan bahawa undang-undang kewarganegaraan “bersifat mendiskriminasi secara mendasar” dan menyeru untuk dikaji semula.

 

Sumber: Bernama, Aljazeera

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)