Tidak susah untuk membuat kebaikan dari sekecil-kecil perkara sebenarnya. Kadang-kadang perkara yang kita anggap kecil sebenarnya mampu memberi makna yang besar kepada orang lain.
Tindakan seorang pakcik turun dari keretanya untuk menutup lubang di jalan telah mendapat pujian dari netizen.
Perkara tersebut tular di Facebook apabila terdapat pengguna Facebook merakam tindakan pakcik tersebut yang sedang menutup lupang jalan yang ditangkungi air dengan menggunakan batu bata.
Tindakan pakcik itu telah memberi kemudahan kepada semua pengguna jalan raya yang lain terutama mereka yang melalui jalan tersebut berhadapan KFC Perling.
Perkara tersebut membuatkan ramai netizen meluahkan pujian kepadanya dan mendoakan kesihatan pakcik tersebut.
https://www.facebook.com/watch/?v=853266585076495
Sumber: Persatuan Bangsa Johor