Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Amaran Ribut Petir Di Kedah, Pahang, Johor, Sarawak Dan Sabah

Kuala Lumpur : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 5 petang ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, kawasan yang dijangka terjejas di Kedah adalah Baling dan Kulim manakala di Pahang ialah Tioman, sementara Johor melibatkan kawasan Mersing.

Di Sarawak, sembilan kawasan yang bakal terjejas ialah Kuching, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah membabitkan kawasan pantai barat, pedalaman Sabah dan Tawau.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.