Siakap Keli

(Gambar)Helah Individu Dakwa Culik Gadis Hilang Terbongkar, Dikecam Netizen

Awal minggu ini, berlegar di media sosial mengenai hebahan seorang gadis berusia 13 tahun yang dipercayai hilang. Menurut hebahan tersebut, gadis tersebut kali terakhir dilihat di Ulu Tiram, Johor Bahru.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menjejaki gadis berkenaan, antaranya melalui media sosial.

Pun begitu, hal ini telah diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab apabila dikatakan cuba mengugut ibu bapa mangsa.

Minta wang tebusan RM1000

Melalui gambar screenshot yang tersebar, individu atau suspek telah menghubungi ibu kepada gadis yang dipercayai hilang untuk meminta sejumlah wang.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis berkenaan benar-benar berada dengan individu terbabit.

Melalui perkongsian perbualan di aplikasi Whatsapp itu juga, individu tersebut telah menyertakan bersama nombor akaun bagi tujuan transaksi.

Menurut suspek, anak pasangan itu berada bersamanya dan hanya akan dibenarkan pulang sekiranya sejumlah RM1,000 di masukkan ke dalam akaun bank.

Anak awak ada dengan saya tapi kalau nak anak awak balik bank in duit 1000 ke akaun saya.

Bank in dulu kalau tidak anak awak tidak akan pulang.

Siap bagi ‘diskaun’ RM500

Macam ni lahh last peluang saya bagi awak bank in je 50. Saya bagi location untuk awak ambik anak awak?

Hanya main-main dan tidak tahu mengenai kes kanak-kanak hilang

Dalam perkongsian yang lain, helah individu tersebut akhirnya terbongkar apabila dia diugut untuk di bawa ke Balai Polis Masai.

Main-main? Kepala hotak kau main-main. Dengan parents yang tengah risaukan pasal anak dia. Tunggu nanti orang sampai ya.

Terkesan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan marah mereka terhadap individu tersebut.

“Jenis gini yang elok kena santau sebenarnya”

“Buat jahat pun, salam jangan lupa nasib tak bismillah je”

“Still bagi Assalamualaikum, good manners you know”

“Kepala hotak dia main-main ja, orang dah la susah hati duk menambah lagi masalah”

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.