Siakap Keli
Kredit: Google

“Jangan Rompak Duit Hantaran Lelaki”, Ini 11 Pesanan Buat Bakal Pengantin Dan Mentua

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan senang untuk mengumpul wang di zaman kegawatan ekonomi ini. Berapa ramai orang yang melakukan dua tiga pekerjaan untuk menampung hidup terutamanya bagi mereka yang tinggal di tengah bandar.

Inilah yang dihadapi oleh bakal pengantin khususnya pihak lelaki yang bekerja keras untuk mencukupkan wang hantaran, bak kata Tuan Azizul Azli Ahmad, “mereka himpun duit sampai nak keluar biji mata.”

Jom baca nasihat beliau kepada semua bakal mentua dan pengantin.

Rompak duit hantaran lelaki

1. Duit hantaran tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pihak perempuan.

2. Bapa pihak perempuan sepatutnya keluarkan belanja sebagai tanda syukur ada anaknya telah dilamar dan diterima.

3. Kenduri itu bukannya yang ada 18 khemah, memadai ikut sunnah dengan jemput jiran tetangga, jemaah surau dan saudara terdekat kita. Kuncinya sederhana.

4. Wang hantaran dengan rakusnya digunakan untuk belanja pelamin, pakaian pengantin, khemah dan goodies, kad kahwin, makanan dan belanja fotografi.

5. Jika bapa kita memang tak mampu, bolehlah gunakan duit ini sebahagiannya untuk belanja. Tetapi tetap sederhana, bukan habiskan semua.

6. Saya pernah jumpa bapak mertua yang pulangkan kembali wang yang diterima sebagai hadiah untuk mulakan hidup berkeluarga. Pengantin lelaki rasa hiba dan malu nak terima.

7. Rasa hormatnya pada bapa mertua jadi sangat luarbiasa dan sayang isterinya pasti berganda ganda.

8. Masyarakat Pantai Timur dah lama lakukan ini, kita saja yang rasa pelik dan nak habiskan duit hantaran lelaki.

9. Mereka himpun duit sampai nak keluar biji mata, kita bazirkan dengan kenduri mewah nak jaga takhta dengan jiran tetangga dalam sehari sahaja.

10. Lebih sedih bila tetamu bazirkan makanan hingga banyak sisa tak habis, sedangkan pengantin lelaki minum air kosong ditepi jalan itu dah biasa demi cintanya mereka.

11. Manfaatkan duit hantaran untuk beli rumah pertama, bukannya belanja kenduri kendara.

Saya tahu ramai yang tak suka, tapi ini hakikat yang kita perlu terima. Budaya kahwin yang membazirkan wang sahaja, kembali hidup beragama bukan berbudaya.

Sumber: Azizul Azli Ahmad

Amira

Love yourself.

Nur Farra