Siakap Keli
Kredit Foto: the mirror

“Kulitnya Masih Melekat Di Baju,” Ibu Bapa Kecewa, Pihak Tadika Tak Bagitahu Anak Melecur Sup Panas

Seorang kanak-kanak perempuan telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk selepas seperiuk sup tertumpah ke badannya.

Karina Iskalieva berusia 6 tahun mengalami luka melecur sebanyak 30 peratus di bahagian badannya. Kejadian ini berlaku di Aktau di bahagian timur Kazakhstan.

Karina telah berlanggar dengan tukang masak yang sedang membawa seperiuk sup panas tersebut ketika dia ingin meninggalkan kantin.

Tukang masak tersebut telah mengheret Karina ke sebuah ruangan supaya ianya terhalang daripada rakaman CCTV.

Menurut ibunya, Sania Iskalieva, kakitangan di tadika berkenaan cuba untuk menyembunyikan perkara yang berlaku, bahkan mereka juga tidak menelefon ambulans untuk mendapatkan bantuan.

“Mereka telah membuka pakaian Karina dengan kulitnya masih melekat di baju tersebut” menurutnya lagi.

“Saya segera ke sini bersama suami setelah menerima panggilan dan terkejut melihat Karina dalam keadaan tidak berpakaian sedang menangis kesakitan dan menggigil kesejukan” tambahnya lagi.

Sania berasa sangat kecewa dengan tindakan pihak tadika berkenaan dan berharap kakitangan tadika berkenaan mendapat hukuman setimpal ke atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Sumber: mirror.uk

Siti Natrah Jusof

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.