Siakap Keli

Saintis Temui Sampel DNA Pada ‘Gula-Gula Getah’ Berusia 5,700 Tahun

Saintis serta pakar di seluruh dunia sentiasa melakukan pelbagai kajian berkaitan dengan jejak purba yang mempunyai pelbagai sejarah.

Baru-baru ini, satu sampel Zaman Batu telah ditemui oleh para saintis di Denmark yang didakwa seperti gula-gula getah.

Sampel yang berusia 5,700 tahun itu telah diekstrak bersama sampel DNA manusia  yang memberi maklumat yang cukup tentang sumber jantina, makanan terakhir yang diambil dan kuman di dalam mulutnya.

kredit Foto: SciTechDaily

Sampel itu juga menggambarkan ia seperti seorang pemburu dari benua Eropah yang berkulit gelap, rambut hitam dan bermata biru.

Antropologi dari Universiti Copenhagen, Hannes Schroeder, berkata ia merupakan pertama kali genom manusia diekstrak selain daripada tulang.

“Pemeliharaan gula-gula getah itu sangat luar biasa, kami tidak menyangka akan menemui keseluruhan genom tersebut,” katanya.

Syltholm menjadi lokasi penemuan sampel tersebut dan ia merupakan lokasi yang sangat unik di mana setiap fosil diselaputi lumpur yang menjadikan ia terpelihara dengan baik.

Namun, mereka juga masih tidak dapat memastikan sama ada objek tersebut adalah sejenis gam atau alat membersihkan gigi atau sememangnya gula-gula getah ketika zaman tersebut.

Selain dari sampel DNA tersebut, mereka juga menemui bahan genetik daripada itik dan kacang yang dianggap sebagai hidangan yang baru sahaja dimakan serta 40 jenis mikrob.

Sumber: Sinar Harian, The Guardian

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.