Siakap Keli
Foto: Shazreyana

“Sponge Kulat Jangan Tak Cuci,” Ini 10 Tips Untuk Newbie Nak Berjaya Jadi ‘Make Up Artist’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Make Up Artist atau singkatan MUA sangat sinonim dengan masyarakat sekarang bahkan mereka dikatakan hits dan dicari dimana-mana. Mereka bukan sahaja menjadi seorang jurusolek malah pemegang amanah penting kerana menyentuh wajah orang yang tidak dikenali dengan mudah.

Sangat jarang pada usia yang kecil, kita bercita-cita untuk menjadi seorang jurusolek yang berjaya. Namun, ia bukan bermakna ia kerjaya picisan. Tapi bergelar sebagai MUA bukanlah bermakna kamu perlu ‘syok sendiri’ tapi yang penting adalah cukup ilmu di dada.

Ikuti perkongsian daripada ‘senior’ MUA, Shazreeyana atau lebih dikenali sebagai Kak Love tentang kriteria yang perlu ada pada MUA.

Antara orang penting dalam majlis

Paling penting adalah Attitude

MUA kena datang dengan attitude yang baik & menyenangkan. Ceria bak suria pagi bersinar. Apa saja masalah kita, letak ke tepi dulu. Jangan dok bercerita masalah kena pukul suami, suami curang, kena tipu dengan staff, kereta kena curi atau apa saja. Bersembang dengan santai.

Pelanggan ambil perhidmatan kita untuk mencantikkan dia, bukan bagi dia tambah stress. Buka lagu yang relaxing sambil berkarya.

2. JAGA TATATERTIB & ADAB

Kita juga kena ingat, pengantin juga perlukan suasana yang tenang untuk bersiap & kita juga sebagai MUA tak dapat nak berkarya kalau fikiran tak tenang. Tapi jangan sampai mengguris perasaan orang sekeliling juga terutama keluarga & kawan rapat pengantin.

3. PROFESSIONALISM

Jangan bercerita perkara negatif pasal majlis

4. ETIKA BERPAKAIAN & PENAMPILAN

Memang tugas MUA ni mencantikkan clients. Tapi kena juga ingat kita ni dalam beauty industry. Kalau MUA sendiri tak jaga kebersihan dan kekemasan diri sendiri, macam mana nak yakinkan prospek? Elakkan pakaian yang terlalu mendedah. Walaupun freelance MUA, etika kerja harus dijaga.

5. JANGAN SOMBONG,JADA ADAB & SENTIASA MERENDAH DIRI

Dengan photographer & videographer pun, tegur-tegur la sama. Jangan diam membisu buat macam diorang tak wujud pulak. Kita bekerja dalam industri yang sama, pi mai pi mai akan jumpa juga dekat event lain atau sosial media. Kita saling memerlukan. Harus ada kerjasama dan toleransi.

Jangan la berus kotor, sponge kepam kulat setahun tak cuci

Jangan la tulis dalam buku atau pakai calendar zaman batu lagi.

Deposit adalah wajib untuk semua MUA

Apa yang penting dua terakhir ini iaitu jujur dan amanah

Jangan biar client tertunggu-tunggu atau kelam kabut cari pengganti pula. Bila client ambil servis kita, dah jadi amanah untuk kita jalankan tugas kita dengan baik dan memudahkan urusan pengantin.

Jangan tamak

Jangan cancel job dengan client yang dah bayar deposit hanya sebab ada client lain nak bayar lebih mahal, atau ada VVIP/selebriti terkenal panggil kita mekap. Kena sentiasa ingat, Tuhan bagi rezeki pada kita & bila2 masa pun Tuhan boleh tarik balik. Jangan tamak.

Jaga amanah & kepercayaan yang client dah bagi pada kita. Beberapa kali kami dipanggil untuk makeup VVIP dan selebriti tapi terpaksa tolak sebab dah ada pengantin yang dah booking. Jangan rasa rugi.Kalau tu rezeki kita, pasti akan dapat juga suatu hari nanti.

Pesannya kepada wanita dan lelaki yang berjinak dalam bidang ini.

Kami harap perkongsian kami sedikit sebanyak dapat membantu MUA baru yang nak jadikan makeup ni sebagai career.

Katanya, 10 tahun dulu tak ada orang nak ajar semua ni. Semua redah dan tempuh sendiri. Sosial media pun belum berkembang.

 

Sumber: Shazreeyana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)