Siakap Keli

Tidur Depan Kipas Dipercayai Jadi Punca Wanita Maut Kesejukkan

Kebanyakan negara empat musim pada ketika ini mengalami musim sejuk dan dipenuhi dengan salji namun negara-negara di Asia tenggara juga turut merasai tempias sejuk disebabkan angin monsun timur laut dari utara Siberia dan Asia.

Disebabkan cuaca ini juga, seorang wanita di Thailand ditemui meninggal dunia semasa tidur selepas suhu tiba-tiba berada pada 10 darjah celcius pada waktu malam.

Kejadian yang berlaku di Chaiyaphum itu juga memperlihatkan mangsa tidur betul-betul dihadapan kipas dan tidur tanpa menyelimutkan badannya.

Menurut penduduk setempat, mangsa tidak bangun untuk membuat sarapan seperti kebiasannya. Kakak mangsa kemudian memeriksa mangsa di dalam bilik pada pukul 7 pagi dan terkejut menemui adiknya terbaring kaku.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan bahawa salah satu punca utama yang menyebabkan wanita itu meninggal dunia akibat tidur di hadapan kipas dengan tidak berselimut dan hanya memakai seluar pendek serta singlet.

Kakak kepada mangsa juga mendedahkan bahawa mangsa mabuk sebelum masuk ke bilik untuk tidur.

Sumber: IBTimes, Oriental Daily

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra