Nikmat sihat merupakan satu anugerah yang paling bermakna dalam hidup kita semua. Disebabkan itu juga kita perlu sentiasa menjaga kesihatan agar dapat hidup dengan lebih sejahtera.
Pun begitu, kita juga tidak boleh lari daripada ketentuan takdir yang tercatat di dalam perjalanan kehidupan sejak dari azali lagi. Ada sesetengah orang yang diuji dengan pelbagai penyakit yang berat seperti kanser.
Seperti seorang kanak-kanak di Oklahoma ini, dia disahkan menghidap kanser leukemia sejak berumur enam tahun lagi.
Namun, keajaiban berlaku apabila baru-baru ini dia telah disahkan bebas daripada kanser tersebut.
Satu video live yang telah dimuatnaik oleh ibunya menyaksikan Steven Cotter, menangis kegembiraan kerana dibenarkan mengambil ubat kemoterapi terakhir setelah bertarung dengan kanser selama tiga tahun.
Ibunya, Ashley Cotter mengatakan bahawa anaknya mula melakukan kemoterapi sehari selepas didiagnosis dengan high-risk acute lymphoblastic leukemia pada tahun 2016.
Menerusi video yang telah tular itu, beberapa jenis ubat-ubatan dilihat disusun di atas meja dan Steven duduk di atas kerusi dengan air mata yang berlinangan apabila menyedari dia telah bebas dari kanser leukemia tersebut.
PRAISE GOD!!! Little mans VERY LAST CHEMO!!! BIG TEARS OF JOY❤️❤️❤️ Sorry no sound but you can just feel it❤️❤️
Posted by Ashley Cotter on Saturday, 14 December 2019
Ramai yang menonton video tersebut terharu apabila melihat video tersebut dan mendoakan Steven terus sihat.
Syukur kepada Tuhan, saya sangat gembira untuk awak semua. Ini membuatkan air mata saya mengalir.
Tahniah, saya sangat gembira untuk awak
Saya sangat bangga. Awak berjaya lakukannya
Sumber: Daily Mail, Ashley Cotter