Siakap Keli
Foto: Daily mail

(Video) “Bangunlah Sahabat..,” Sebak, Anjing Kejutkan Kawan Yang Maut Akibat Dilanggar

Video yang menyayat hati ini menunjukkan seekor anjing ‘menggerak’ rakannya supaya bangun selepas dilanggar oleh sebuah kereta.

Rakaman yang diambil oleh seseorang itu berlaku di Peru memperlihatkan haiwan jalanan itu membelai rakannya untuk bangun.

Orang awam yang lalu lalang di tempat tersebut boleh mendengar keluhan yang memilukan haiwan ini seolah-olah,

“Bangun sahabat…”

Video yang berdurasi 30 saat itu menunjukkan kesetiaan haiwan ini berada disisi rakannya yang mati dilanggar.

Menurut persatuan Haiwan Sueno dalam satu kiriman di Facebook berkata anjing-anjing tersebut adalah mangsa langgar lari. Pada hari yang sama juga, ada anjing lain yang dilangar.

“Supaya suatu hari nanti kita akan jadi makhluk yang lebih bertanggungjawab kepada haiwan-haiwan ini. Saya sangat sedih tentang perkara ini,” kata pengguna Facebook yang berkongsi video ini.

 

Sumber: Daily mail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.