Siakap Keli
Gambar: Business Insider

(Video) Hadapi Dua Pertuduhan, Donald Trump Bakal Dipecat?

Donald Trump, presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan pemimpin yang ketiga dalam sejarah dipecat Dewan Perwakilan AS (House of Representatives) dimana keputusan dakwaan tersebut akan menentukan samada beliau akan terus kekal di Rumah Putih atau tidak.

Trump menghadapi dua tuduhan antaranya adalah salah guna kuasa dan menghalang siasatan Kongres.

Semasa proses pengundian berlaku, Presiden Trump sedang menghadiri sebuah perhimpunan untuk berkempen.

White House mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa presiden Trump yakin bahawa beliau akan dilucutkan jawatan dalam perbicaaraan Senat.

Sesi itu memperlihatkan Dewan Perwakilan AS memanggil semua Senator untuk membuang undi bagi mendakwa Trump dengan dakwaan ‘salah guna kuasa’ yang dilakukan Trump terhadap Presiden Ukraine dengan menggesa Presiden Ukraine itu untuk mengumumkan penyiasatan ke atas pesaing politiknya iaitu ahli Parti Demokrat, Joe Biden.

Dakwaan kedua pula ialah ‘menghalang siasatan Kongres’, yang dilakukan Presiden Trump kerana enggan memberi kerjasama terhadap siasatan yang dibuat ke atasnya dalam pertuduhan yang pertama. Trump dilaporkan menghalang pemberian bukti-bukti dokumen serta menghalang pembantu peribadinya daripada memberi keterangan.

Undian untuk mendakwa Trump atas tuduhan penyalahgunaan kuasa telah mendapat sebanyak 230 sokongan dan 197 Senator Dewan Perwakilan AS yang lain menentang, manakala undian untuk dakwaan menghalang siasatan Kongres pula telah mendapat sebanyak 229 sokongan dan 198 lagi menentang.

https://www.youtube.com/watch?v=3NA6WRxT_dQ

Kelebihan undian yang menyokong dakwaan itu sekali gus bakal menyaksikan bahawa Trump bakal dibicarakan dan bakal menghadapi tuduhan. Trump juga bakal mencatatkan nama dalam sejarah apabila menjadi Presiden ketiga di negara itu yang akan didakwa selepas Presiden Andrew Johnson (1868) dan Bill Clinton (1998-1999).

Jika perbicaraan itu mendapati Trump bersalah, Trump bakal dipecat daripada menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

Nur Farra