Jangan menilai seseorang itu hanya daripada luaran sahaja. Gambaran luar seseorang tidak boleh dijadikan ukuran kerana tiada siapa yang mampu menilai hati seseorang manusia.
Menerusi satu video di laman Youtube suaradotcom sekumpulan remaja dikatakan terbuka hati untuk belajar mengaji dengan komuniti sukarelawan di kawasan tersebut.
Kejadian yang berlaku di Indonesia ini menyaksikan kegigihan para remaja ini tidak malu untuk menuntut ilmu walaupun kadang kala golongan seperti mereka sering dipandang serong dalam kalangan masyarakat.
Keberadaan anak Punk selalu mendapat stigma negatif di masyarakat, penampilan mereka yang urakan kerap dianggap meresahkan.
Namun, beda halnya melihat kumpulan anak-anak punk ini mereka dari berbagai usia berkumpul menjadi satu untuk belajar mengaji.
Tindakan sukarelawan dalam mengadakan kegiatan seperti ini juga perlu diteruskan dan dicontohi kerana ianya memberikan manfaat yang cukup besar kepada masyarakat.
Sumber: suaradotcom