Siakap Keli

Wanita Dipercayai Maut Akibat Kesejukan, Tunggu Ambulans Tak Kunjung Tiba

Seorang wanita terpaksa menunggu hampir enam jam di atas lantai beku dengan keadaan sakit apabila ambulans yang ditunggunya tidak tiba. Dia dikatakan telah tergelincir hingga menyebabkan kakinya patah.

Pada ketika itu, suaminya dikatakan berada diluar menyebabkan dirinya tidak dapat menemani isterinya itu.

Jiran-jiran yang melihat keadaan wanita tersebut segera memberi bantuan selimut untuk memberi kehangatan kepadanya.

Wanita tersebut dikatakan mengalami masalah pernafasan disaat menunggu ambulans itu tiba kerana terlalu sejuk.

Dia mendapat rawatan dihospital dan dikatakan meninggal dunia kerana terkena serangan jantung disana.

Dalam satu kenyataan dari perkhidmatan Ambulan Welsh, “kami sangat sedih mendengar kematian wanita tersebut, kami minta maaf diatas tindak balas kami mengambil masa yang lama untuk tiba dilokasi kejadian untuk memberi rawatan”, katanya.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.