Siakap Keli
Kredit Foto: sosok

Diabai Ibu Kandung, Anak Jadi ‘Punching Bag’ Maut Ditangan Ayah Tiri

Seorang kanak-kanak lelaki yang masih belum kenal erti kehidupan terpaksa menanggung derita kerana didera oleh bapa tirinya serta diabaikan oleh ibu kandungnya sendiri sehingga menyebabkan kematian.

Mangsa Muhammad Ibrahim Ramadhan berusia 2 tahun dijumpai ditanam di sekitar rumahnya oleh penduduk kampung dipercayai meninggal dunia akibat didera oleh bapa tirinya , Ricky Sitepu, 30 tahun di Kabupaten Langkat Sumatera Utara, Indonesia.

Penduduk kampung yang merasa curiga telah pergi kerumah ibu bapa kanak-kanak tersebut namun gagal menemui kanak-kanak malang itu serta ibu bapanya.

Dalam masa yang sama, mereka ternampak satu bonggolan tanah yang dilihat mencurigakan dan mengeluarkan bauan yang agak kuat.

Mereka telah menggali tanah tersebut dan terkejut kerana menemui sebujur tubuh kanak-kanak yang ditanam dan dipercayai mati didera.

Kredit Foto: sosok

Siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut mati didera oleh bapa tirinya seperti dicucuh dengan api rokok, dimasukkan dalam karung guni dan digantung di luar rumah sebelum dipukul seperti punching bag.

Ibunya bukan sahaja tidak mengendahkan kanak-kanak tersebut didera sehingga meninggal dunia malah turut membantu suaminya menanam mayat tersebut sebelum melarikan diri.

Pasangan tersebut telah melarikan diri namun berjaya ditahan oleh pihak polis.

Siasatan lanjut telah dijalankan keatas kedua-dua suspek. Kedua-dua mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 20 tahun.

Sumber: sosok.id

Siti Natrah Jusof