Duta China ke Australia bertindak menyangkal tuduhan yang dilemparkan ke atas negaranya berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia terhadap etnik Uighur seperti yang didakwa oleh pemain bintang Arsenal baru-baru ini.
Menurut Cheng Jingye, dakwaan terhadap penahanan yang dibuat negara China terhadap lebih sejuta etnik Uighur dan beberapa etnik minoriti Muslim lain di wilayah Xinjiang bagi menghapuskan budaya mereka adalah berita palsu.
“Penahanan warga Uighur adalah berita palsu,” ujar Jingye dalam satu sidang media di kedutaan Chinadi Canberra.
Menurutnya, fasiliti yang dilihat sebagai kem tahanan itu adalah sekolah latihan vokasional yang dibina untuk membantu golongan miskin di wilayah terbabit manakala sebarang penahanan dibuat bertujuan untuk membanteras ekstremisme.

“Ia tiada sebarang kaitan dengan hak asasi manusia atau agama. Ia tentang menentang keganasan dan mengambil langkah pencegahan,” kata Jingye.
Sumber: Sinar harian