Siakap Keli

Kisah Sedih Ulama Terkenal Uighur Meninggal Dunia, Didakwa Diseksa Dalam Kem Tahanan

Seorang ulama termuka dalam kalangan umat Islam Uighur, Muhammad Salih Hajim meninggal dunia selepas 40 hari dalam tahanan di Xinjiang. Beliau meninggal dunia pada usia 82 tahun. Paling memilukan, kematiannya didakwa selepas diseksa.

Paling dihormati dan terkenal kerana…

Beliau amat dihormati kerana menjadi ulama pertama yang menterjemahkan Al-Quran ke dalam Bahasa Uighur.

Ahli keluarga termasuk anak perempuannya turut ditahan…

Lebih dahsyat lagi, ahli keluarganya yang lain turut ditahan secara besar-besaran termasuklah anak saudara beliau, Nurmemet hajim yang pernah menuntut di Malaysia. Bahkan pernah bekerja di pelbagai pejabat kedutaan.

Bukan itu sahaja, anak perempuannya bernama Nezire Muhammad Salih (guru agama) dan Asiye Muhammad Salih yang merupakan pensyarah universiti serta anak lelakinya Nejip Muhammad Salih seorang petani. Selain itu, cucunya Imran Tuniyaz serta adik kandungnya Mehsud Abley Hajim serta isterinya Ayshemqiz turut dalam tahanan pihak komunis China. Anak lelakinya kepada adiknya kini tinggal di luar negara kerana dibuang negeri.

“Pihak kami mendengar kiah kematiannya tetapi kami percaya kerajaan China telah menutup kisah kematiannya yang sebenar untuk mengelakkan sebarang rusuhan,” kata jurucakap Raxit daripada Kongres Uighur Dunia.

Nasib anak perempuannya dan ahli keluarga lain yang ditahan bersamanya tidak jelas.

Kematian beliau menjadi tamparan hebat kepada masyarakat Uighur kerana statusnya sebagai pemimpin agama dan ilmuwan.

Mereka dilayan seperti pesakit mental

Tersebar secara meluas mengenai layanan yang diberikan kerajaan China kepada umat Islam etnik Uighur ini. Mereka seolah-olah dilayan seperti pesakit mental di dalam kem tahanan supaya dalam mengubah identiti mereka untuk menjadi lebih ‘China’.

Kerajaan China juga melakukan beberapa perubahan demografi penduduk Xinjiang yang majoritinya sebelum ini terdiri daripada Uighur yang beragama Islam kini dibanjiri kedatangan etnik han China. Mereka juga mengadakan kempen ‘anti-halal’.

Menjalani indoktrin untuk mengubah identiti Islam

Pada Ogos 2018 lalu, pihak PBB tentang penghapusan Dikriminasi Perkauman telah dilaporkan bahawa seramai satu juta etnik Uighur ditahan di pusat ‘anti-keganasan’ manakala lebih dua juta penduduk etnik tersebut menjalani ‘pendidikan semula’ mengenai budaya dan politik supaya mereka mentaati rejim komunis. Bukan itu sahaja, mereka dipaksa mengubah identiti Islam mereka.

Pisahkan anak-anak Uighur untuk disekolahkan dalam peraturan komunis

Menurut laporan Rukiye Turdush dalam portal Al-jazeera berkata bahawa rejim komunis China memisahkan anak mereka semata-mata untuk mempelajari peraturan serta mentaati parti Komunis. Bahkan mereka dipaksa untuk belajar bahasa Mandarin dan menghapuskan identiti Muslim serta tradissi Uighur mereka.

Setiap keluarga etnik Uighur dipaksa untuk menerima kader Parti Komunis China untuk tinggal bersama dirumah mereka selama kurang lima hari dalam tempoh setiap dua bulan. Tindakan ini sangat jelas dilihat untuk menceroboh setiap unit keluarga Uighur.

Punca pergelutan ini berlaku adalah kerana…

Kesemua langkah ‘kejam’ yang dilakukan kerajaan China ini kerana mereka goyah dengan kebangkitan Muslim Uighur yang semakin berani memperjuangkan hak dan autoriti politik mereka. Bukan itu sahaja, kewujudan puak pemisah Uighur yang memperjuangkan kemerdekaan Xinjiang untuk membentuk negara Turkistan Timur.

“Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan”

Terkini, kerajaan Malaysia membebaskan 11 orang warga Uighur yang dikehendaki oleh China telash mengundang bantahan keras rejim Komunis tersebut. Menurut Perdana Menteri Tun Mahathir berkata, keputusan yang diambil untuk menghantar kesemua warga Uighur ke Turki atas alasan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Langkah yang paling tepat

Langkah kerajaan untuk menghantar warga Uighur ini ke Turki dan mengingkari permintaan China adalah langkah yang paling tepat. Dengan rekod pembunuhan politik dan hak asasi manusia yang buruk, tentulah China akan mengambil tindakan yang buruk ke atas 11 warga Uighur ini.

 

Sumber: Radio Free Asia, Sinar harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)