Siakap Keli

Kehilangan Masih Dicari, Bapa Pendam Rindu Mohon Doa Agar Anak Hilang 8 Bulan Ditemui

Seorang bapa melalui laman Facebook miliknya telah mengeluarkan satu hebahan untuk orang ramai membantu mencari anaknya yang telah hilang sekurang-kurangnya lapan bulan.

Kanak-kanak lelaki tersebut ialah Muhammad Zahiruddin Putra Bin Mohd Fauzi yang berusia 8 tahun dilaporkan hilang sewaktu kali terakhir dilihat di Bandar Seri Putra Bangi, Selangor.

Difahamkan melalui perkongsian Mohd Fauzi, anaknya sehingga kini masih belum dijumpai.

Dalam pada itu, dapat dilihat daripada gambar yang dikongsi, belakang baju bapa ini dicetak “Kehilangan Masih Dicari,” dengan wajah penuh Zahir berpakaian seragam sekolah.

Dia juga berharap agar orang ramai untuk membantu mendoakan agar pencarian anaknya dipermudahkan. Tambahnya, kerinduan terhadap anaknya itu sudah tidak tertanggung di dalam hati.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini bolehlah menghubungi Mohd Fauzi ataupun balai polis yang berkaitan.

Baca: Kanak-Kanak Berusia 8 Tahun Hilang

Baca: “Aku Amat Merinduinya..,” Ayah Diserang Minor Stroke, Mungkin Risau Dah 173 Hari Anak Hilang

Sumber: Mohd Fauzi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra