Siakap Keli
Foto: Kelantanfm

Lelaki Berat 300kg Meninggal Dunia Akibat Kencing Manis

Tumpat, 20 Dis – Seorang lelaki berusia 51 tahun yang mengalami masalah obesiti meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II akibat kencing manis.

Allahyarham Nor Yuhisham Yusof ini memiliki berat badan 300 kilogram dan masih bujang. Jenazah ini disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Datuk pada 8.30 malam tadi.

Menurut Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, kerja-kerja menurunkan jenazah ke liang lahad dilakukan oleh anggota Bomba serta bantuan orang kampung.

Katanya lagi, semua urusan dilaksankan sebaik mungkin dan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Sebelum ini, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pasir Mas turut membantu keluarga seorang wanita yang memepunyai berat mencecah 200kg yang baru sahaja meninggal dunia pada siang tadi.

Sumber: Sinar harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.