Siakap Keli
Gambar : IG @fazleyyaakob

“Maaf Ye Fazley, Saya Tak Minat Artis-Artis Ni..” Fazley Yaakob Kesal Segelintir Individu Curi-Curi Ambil Gambar

Penyanyi dan selebriti chef tanah air yang terkenal, Datuk Fazley Yaakob dalam satu kenyataan di laman Instagram, meluahkan rasa terkilan akan sikap segelintir individu yang tidak menghormati privasi individu sebagai seorang artis.

Menerusi perkongsiannya, beliau telah berdepan satu kejadian memalukan apabila didatangi sebuah keluarga yang merakam gambar beliau dan anak-anak secara sembunyi-sembunyi ketika berada di tepi pantai.

Malah, salah seorang ahli keluarga itu turut datang dan menjerit dengan kuat mengenai kehadiran ‘artis’ di situ.

”Saya sedang duduk di tepi pantai teman anak-anak swim, tiba-tiba ada sefamily datang depan-depan, tunding-tunding ”eh artis kan dia?.” Saya senyum.

”Lepas tu duduk sebelah saya dan anak-anak-anak, curi-curi ambil gambar.

”Then ada lagi ahli kleuarga dia datang, dia jerit kuat-kuat ”wei ada artis lah!.”

”Rasa macam kucing dalam sangkar!.” tulisnya.

Merasa kurang senang dengan situasi berkenaan, beliau menghampiri keluarga berkenaan untuk mengambil gambar secara ‘selfie’ bersama mereka, tetapi sebaliknya berlaku apabila beliau pula yang menerima ‘teguran’ daripada seorang wanita.

”Actually saya kemudiannya offer, nak ambil gambar ke makcik? Jomlah saya pegangkan camera kita selfie. Tahu apa dia jawab?

”Maaf ye Fazley, saya tak minat artis-artis ni!” Haha luah mati mak, telan mati bapak jadinya,” ujar beliau.

Haih, macam-macamlah gelagat ‘peminat’ dalam diam ni ya.

Sumber : fazleyyaakob

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra