Siakap Keli

PDRM Buru Saspek Menyamar Minta Derma Iklankan Anak Sakit Di Media Sosial

Internet adalah suatu jaringan tanpa had yang dilihat mempunyai pelbagai guna dan manfaat. Ianya juga turut mengandungi pelbagai kesan buruk jika disalah gunakan.

Pengguna Internet perlulah bijak dalam mencari maklumat yang sahih agar tidak mudah tertipu dengan taktik yang digunakan oleh ‘scammer’ pada zaman ini.

Terkini, taktik yang digunakan oleh scammer bagi menipu pengguna media sosial di Internet untuk kepentingan sendiri telah menjadi tular.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh Polis Diraja Malaysia menerusi akaun Facebook Cyber Crime Alert Police Malaysia mendedahkan taktik ‘scammer’ meminta derma dengan meraih simpati daripada netizen di media sosial.

Penjenayah ini dipercayai berjaya meyakinkan orang ramai untuk membuat pindahan duit terus ke dalam akaun yang dipercayai milik mereka dengan berbekalkan gambar kanak-kanak serta bayi yang menghidap pelbagai penyakit kronik dan sedang memerlukan bantuan kewangan bagi meraih simpati.

Pihak polis kini sedang memburu 2 saspek yang menjadi dalang kepada kes ini untuk membantu siasatan. Kes akan disiasat dibawah seksyen 420 kanun keseksaan berhubung kegiatan meminta derma melalui media sosial. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang saspek ini digesa untuk melaporkan terus kepada pihak polis.

Wanted!!Saspek dikehendaki untuk bantu siasatan bagi kes menyamar untuk meraih bantuan dari orang ramai dengan…

Posted by Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police on Thursday, 19 December 2019

Sumber: Cyber Crime Alert Police Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.