Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2019 telah diumumkan semalam dan memperlihatkan beberapa buah sekolah mendapat peratusan keputusan yang cemerlang.
Keputusan kali ini juga menunjukkan peningkatan peratusan pelajar yang mendapat semua A termasuk di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
Menerusi laman Twitter Salina Zakaria, seramai 123 daripada 170 orang pelajar memperoleh keputusan 9A dan ia pencapaian yang sangat membanggakan.
Putrajaya; Pelajar Sekolah Sultan Alam Shah melakukan sujud syukur di padang sekolah selepas mendapat keputusan cemerlang, Seramai 123 drp 170 pelajar memperoleh keputusan 9A bg kptsan PT3. @NewsMPB pic.twitter.com/pm99E164VM
— Salina Zakaria (@salinaNewsMPB) December 19, 2019
Namun, apa yang menarik perhatian ialah cara kesemua pelajar ‘meraikan’ keputusan cemerlang itu dengan bersujud syukur di padang sekolah sebagai tanda terima kasih kepada sang pencipta.
Netizen dilihat memuji tindakan mereka dan tumpang gembira kerana mendapat keputusan yang sangat cemerlang.
Sumber: Salina Zakaria