Pasangan mana yang tidak mengimpikan kebahagiaan yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat mereka. Setiap pasangan pasti ingin sentiasa disayangi dan dihargai oleh pasangan masing-masing.
Kasih sayang yang dicurahkan dalam setiap hubungan mestilah sentiasa dipupuk agar ianya terus berkekalan. Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengeratkan kasih sayang antara pasangan.
Menurut perkongsian tarsea yang memuat naik satu posting mengenai seorang lelaki berusia membeli sejambak bunga dan kek dikatakan buat isterinya.
Lebih menarik, kedua-dua kejutan ini dibawa menaiki kenderaan awam sehingga telah mencuri tumpuan netizen.
saw this cutie grandpa bringing flowers and cake for his wife❤️🥺 He still showed his efforts despite his old age and this made me realize “Real men invest on long term love, not short term lust” 🥺❤️ pic.twitter.com/MAuo1PIHny
— tarsea⚡️ (@chilsimyl) December 18, 2019
Lelaki berkenaan dikatakan membeli sejambak bunga dan kek untuk dihadiahkan buat isterinya sempena meraikan sesuatu yang membahagiakan buat pasanga itu.
Posting ini telah menerima 87 ribu kicauan dan 190 ribu likes sejak ianya mula dimuat naik di laman twitternya tersebut.
Rata-rata netizen memuji tindakannya yang berusaha untuk mengekalkan hubungan romantik bersama isterinya.
Hal ini sememangnya akan membuatkan pasangan anda akan merasa lebih dihargai dan disayangi.
Sumber: tarsea