Pelakon yang sedang menempa populariti, Farah Nabilah telah melangsungkan perkahwinan hari ini bersama jejaka pilihan hatinya setelah hampir tujuh tahun perkenalan. Dengan sekali lafaz, Farah Nabilah sah bergelar isteri kepada Amirul.
Bercerita mengenai detik pertemuan dengan bakal suaminya itu, Farah berkata, mereka diperkenalkan oleh sahabat baiknya yang juga seorang pelakon, Izara Aishah.
Pengantin perempuan telah menerima RM1,000 sebagai mas kahwin manakala RM77,777.77 sebagai wang hantaran.
Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Pada majlis itu, pasangan pengantin tersebut memilih untuk menyarungkan rekaan daripada Rizman Ruzaini serta solekan oleh Khir Khalid.
Sumber: Instagram Farahnabilahofficial, Awani