Beruntunglah mereka yang masih mempunyai ibu bapa sebagai tempat bergantung dan berkasih sayang. Hargailah mereka ketika masih ada ini, jangan pernah sia-siakan mereka begitu sahaja.
Menerusi perkongsian video yang tular di Indonesia apabila seorang bayi meraung, menangis dihadapan jenazah ibunya mengundang sebak.
Video itu memaparkan seorang bayi menangis dan memanggil ibunya. Bayi itu juga dilihat memeluk jenazah ibunya sambil menyebut panggilan “mama” mengundang pilu orang yang berada di sekeliling tempat kejadian.
Menangis sambil panggil mama…
Bukan sahaja memanggil ibunya, malah bayi tersebut memeluk dan menyentuh-nyentuh wajah ibunya yang sedang kaku itu.
Peluk mama sayang😭 pic.twitter.com/kC3XqCnkqZ
— erln (@inierlin) December 18, 2019
Tinggalkan pesanan terakhir untuk anak
Ibu bayi tersebut turut meninggalkan pesanan terakhirnya buat puterinya itu. Perkongsian itu dikongsikan oleh suami arwah menerusi posting di Facebook yang menyatakan pesanan terakhir isterinya itu.
Sumber: Twitter Erln