Siakap Keli

(Video) ”Dah 18 Kali Buat Persembahan, Kali Ke-19…” Jawapan Tunku Azizah Cuit Hati

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali sebagai kerabat diraja yang mempunyai keperibadian yang merendah diri dan mendekati rakyat.

Malah, sifat Tuanku yang bersahaja di media sosial, menyebabkan Tuanku sering mendapat perhatian ramai warganet terutama apabila ‘tweet’ Tuanku berlegar di ruangan Twitter.

Terbaru, menerusi Twitter @cheminahsayang, Tuanku memuat naik sebuah video dengan kapsyen ‘trending’ yang mencuit hati ramai. Nampaknya Tuanku pun terjebak dengan penangan 18/19 ni ya!

Dah 18 kali buat persembahan..

Kali ke-19 baru saya sampai di Pulau Pinang..

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya mengakui terhibur dengan ‘usikan’ Tuanku itu.

Auranya bagaimana Tuanku?

Tuanku terjebak sekali

Kali ke-20 untuk siapalah pula?

Aura 18 dan 19 merupakan ayat ‘keramat’ Juara Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad yang menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.

Dia sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila mengakui terpaksa menolak lamaran 18 wanita namun tidak dapat menolak lamaran ke-19 kerana mempunyai aura.

Sumber : @cheminahsayang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra