Siakap Keli

(Video) DIpercayai Dendam Ibu Dirogol, Anak Tikam Perogol Sampai Mati

Kerana kasih seorang anak kepada ibu, seorang remaja telah menyimpan dendam terhadap seorang lelaki yang didakwa merogol ibunya.

Remaja merupakan pelajar vokasional dari Gempol, Pasuran Indonesia ditahan Selasa lalu atas tuduhan menikam Yasin pada Isnin lalu.

Kejadian berlaku semasa Yasin keluar rumah dengan menaiki motor untuk ke rumah jirannya sebelum dia ditahan dan ditikam oleh seorang lelaki tanpa ada belas kasihan.

Yasin meninggal di hospital kerana mengalami pendarahan yang teruk.

Pada mulanya, identiti orang yang menikam belum diketahui namun pihak polis mendedahkan tentang Maulud yang mempunyai motif untuk menyerang Yasin.

Menurut laporan Tribun, Maulud ditahan semasa dia dalam keadaan untuk melarikan diri.

Punca serangan tersebut dikatakan adalah kerana dendam Yasin merogol ibunya 6 tahun dulu.

“Saya dendam sejak kecil, sejak berusia 12 tahun bila dapat tahu dia telah merogol ibu saya 

Maulud dikatakan telah merancang untuk membalas dendam terhadap perogol ibunya sejak dia berusia 12 tahun.

Sumber : Tribun

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)