Siakap Keli
Gambar: ReNo9Prod

(Video) Teknik Lompatan Tinggi CR7 Didedahkan, Lebih Tinggi Daripada Pemain NBA

Nama Cristiano Ronaldo kembali mendapat perhatian ramai apabila berjaya menjaringkan gol menakjubkan ketika menentang Sampdoria. Ketika perlawanan terikat jaringan 1-1, Ronaldo berjaya memecahkan kebuntuan apabila menanduk masuk hantaran dari Alex Sandro pada minit ke 44.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah lonjakan ke udara yang dilakukan untuk menanduk masuk bola yang dihantar. Menurut laporan media antarabangsa, lonjakan ke udara tersebut mencecah sehingga 2.56 meter yang memerlukan Ronaldo berada di udara selama 1.5 saat.

Pun begitu, setiap kejayaan sudah pastinya mempunyai ‘rahsia’ tersendiri yang telah diusahakan lebih awal. Begitu jugalah bagi Ronaldo yang mempunyai teknik tersendiri sehingga boleh melonjak ke udara dengan ketinggian hampir 3 meter.

Menerusi satu video di laman Youtube, satu uji kaji telah dibuat untuk melihat kemampuan pemain itu melompat. Pada percubaan pertama, lompatan Ronaldo berjaya mencatatkan ketinggian 44 sentimeter. Ketika lompatan itu dibuat, kedua-dua tangannya diletakkan di bahagian pinggangnya. Ianya seperti sesuatu yang mustahil.

Bagi percubaan kedua, keputusannya sangat menakjubkan. Apa tidaknya, ketika Ronaldo membuat lompatan seperti di dalam padang, dia berjaya mencatatkan ketinggian 78 sentimeter. Rekod tersebut dikatakan melebihi kebolehan pemain-pemain bola keranjang NBA membuat lompatan.

Teknik yang dikongsikan ini sememangnya sukar untuk dilakukan. Namun, dengan usaha yang gigih dan berterusan, ianya pasti dapat mencapai kenyataan. Menurut Ronaldo, lompatan tersebut agak sukar untuk dilakukan kerana perlu memberikan segalanya.

Sumber: ReNo9Prod / Sportpsychijimbo

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra