Siakap Keli

(Video) Terkini: Najib Razak Lafaz Sumpah Laknat Nafi Dakwaan Pembunuhan Altantuya

Pada Selasa lepas, Najib Razak telah menyuarakan hasratnya untuk melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan yang ditujukan kepadanya sejak dahulu lagi.

Dakwaan tersebut adalah berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shariibu pada 2016 lalu.

Sebentar tadi, Najib Razak telah melafazkan sumpah laknat seperti yang pernah disuarakan pada sebelum ini.

Sumpah laknat yang diucapkannya berlangsung di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara.

Memetik ucapan lafaz laknatnya itu, Najib Razak menyatakan bahawa dia tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh Altantuya Shaaribu. Tambahnya lagi, dia menyatakan bahawa dia tidak mengenali dan tidak pernah berjumpa dengan wanita warga Mongolia itu.

Sumber: Najib Razak

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra