Siakap Keli
Gambar: arifeetee

(Video) “Weh Smooth Giler,” Netizen Kagum Tengok Gelagat Pelajar Turun Eskalator ‘Transparent’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Meneliti ke dalam laman sosial Twitter, satu rakaman video yang memaparkan ‘kebijaksaan’ beberapa pelajar lelaki telah mendapat perhatian ramai. Rakaman tersebut memaparkan gelagat pelajar lelaki dikatakan daripada instituisi pengajian tempatan seakan-akan menuruni ‘eskalator transparent’.

Aksi yang dipamerkan oleh beberapa orang pelajar lelaki itu berjaya menarik perhatian warganet kerana sangat kemas dan ‘smooth’. Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, pergerakan mereka sememangnya seolah-olah sedang menggunakan eskalator dan lif.

Walau bagaimanapun, sebelum gelagat cemerlang itu berjaya dihasilkan, beberapa percubaan telah dilakukan bagi mendapatkan pergerakan yang paling ‘smooth’.

Ekoran tularnya rakaman tersebut, rata-rata warganet yang terhibur memuji gelagat pelajar-pelajar tersebut menerusi ruangan komen.

“Tak macam mana yang dua ketul awal tu boleh smooth jaa macam real escalator tuu ?”

“kan dah cakap lelaki kalau dengan member perangai cute je masing-masing”

“Weh smooth giler” tertanya-tanya macam mana yang dua orang tu buat macam eskalator betul”

Sumber: Twitter @arifeetee

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra