Malang bagi seorang lelaki berusia 60 tahun apabila sebiji botol dengan secara tidak sengaja termasuk di dalam duburnya. Insiden itu berlaku ketika dia cuba untuk menggaru duburnya menggunakan botol tersebut.
Ekoran insiden berkenaan, dia telah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Setelah dilakukan pemeriksaan, doktor mendapati bahawa terdapat botol selebar dua inci ‘tertanam’ di dalam perutnya.
Perut saya sakit. Ada sesuatu di dalamnya. Saya tidak boleh berak atau kentut.
Pembedahan telah dilakukan bagi mengeluarkan botol tersebut daripada dubur warga Guangdong Selatan China berkenaan.
Memetik kata-kata lelaki berkenaan, insiden itu tidak disengajakan selepas dia menggunakan botol tersebut untuk menggaru.
Tambahnya lagi, adalah lebih baik untuk mendapatkan rawatan perubatan dan membiarkan doktor membantu daripada menyelesaikan keadaan sama dengan membeli alat seperti botol itu.
Doktor juga mengesahkan bahawa lelaki berkenaan tidak akan mengalami kesan bagi jangka panjang melainkan perasaan malu dengan insiden itu.
Sumber: Metro UK