Siakap Keli

Terkini: Ais Mencair Tujuh Kali Lebih Pantas Berbanding Tahun 1990 – Kajian

Para saintis di seluruh dunia sentiasa melakukan pelbagai kajian atau penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim yang dilihat semakin ekstrem sejak beberapa tahun yang mendatang ini.

Seperti mana yang diketahui umum, ais di Greenland sememangnya menjadi penyumbang utama kepada peningkatan paras air laut dunia.

Dalam pada itu, saintis menjangkakan bahawa ais tersebut akan terus memberikan kesan kepada air laut kerana ia mencair tujuh kali ganda lebih pantas berbanding rekod pada tahun 90-an.

Kajian yang dijalankan oleh 89 saintis di seluruh dunia itu juga memperlihatkan paras air akan meningkat setinggi 67cm menjelang tahun 2100 iaitu 7cm lebih tinggi berbanding jangkaan saintis. Angka tersebut akan menjadikan 400 juta orang akan berisiko menghadapi banjir pada setiap tahun.

Ais yang mencair di Greenland direkodkan sebanyak 33 billion semasa 1990-an dan meningkat sebanyak 254 billion setahun sekitar sedekad yang lalu.

Aras air laut sedunia juga meningkat sebanyak beberapa sentimeter disebabkan oleh 4 trillion tan ais daripada Greenland telah memasuki ruang lautan sejak dari tahun 1992 lagi.

Sumber: The Guardian, Nature

Sofea

There's always another side to every story