Siakap Keli
Gambar: SCMP Video

(Video) Berlari Riang Tepi Jalan Lepas Habis Kerja, Jawapan Pekerja Kontraktor Buat Ramai Tersentuh

Tidak semua orang dapat menzahirkan kegembiraan yang dirasai dengan sepuasnya. Namun, sekiranya dapat berbuat demikian, adalah lebih baik untuk menikmatinya dengan sepenuh jiwa.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang warga China yang bekerja sebagai buruh binaan setiap kali pulang dari kerja. Aksinya yang berlari-lari sambil melompat ketika pulang bekerja telah menarik perhatian ramai.

https://www.facebook.com/SCMPVIDEO/videos/1399383096910518/?v=1399383096910518

Pulang dengan penuh gembira bagaikan tiada sebarang masalah dalam dirinya. Lelaki berusia 56 tahun itu telah menimbulkan tanda tanya mengenai perkara yang membuatkan dirinya begitu bergembira.

Memetik kenyataan daripada video berkenaan, dia merupakan seorang yang ceria dan sangat gembira kerana akan menikmati makan malam selepas bekerja. Baginya, menikmati makan malam merupakan salah satu kegembiraan yang harus diraikan. Disebabkan itulah dia sering memperlihatkan reaksi gembiranya ketika pulang bekerja.

Rakaman tersebut telah menarik perhatian komuniti dunia yang sangat bersenang hati dengan sikap buruh tersebut.

“Nikmati sesuatu yang mudah dalam hidup, ianya bermula apabila menghargai apa yang anda miliki”

“Dunia ini akan menjadi lebih baik jika semua orang berkelakuan seperti itu setiap hari”

“Dia gembira kerana boleh pulang rumah dan menikmati makan malam selepas seharian berkerja. Ini adalah kehidupan”

Sumber: SCMP Video

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.