Siakap Keli

(Video) Lebih Lima Dekad Berlalu, Lokasi Dulu – Sekarang Filem Masam-Masam Manis Buat Ramai Rindu

Kalau nak bercakap tentang filem-filem P Ramlee suatu masa dahulu, filem Masam-Masam Manis antara menjadi kegemaran penonton. Malah, filem tersebut masih ditonton sehingga sekarang.

Kini, sudah 54 tahun filem itu menghiburkan hati rakyat Malaysia. Karya seni Allahyarham P Ramlee sangat berkualiti daripada segi skrip, babak dan juga pemilihan tempat.

Lebih lima dekad berlalu, pembangunan yang semakin pesat telah mengubah segalanya. Begitulah juga dengan lokasi-lokasi pengambaran bagi filem Masam Masam Manis yang kini nyata sangat berbeza.

Antara lokasi yang disertakan dalam video berkenaan seperti sekolah, pejabat pos, taman awam dan banyak lagi.

Kalau diimbas kembali, babak yang dimainkan oleh watak Cikgu Shaari sememangnya menghiburkan terutamanya ketika beliau tertidur di dalam kelas.

Setelah puluhan tahun berlalu, pelbagai perubahan dapat dilihat bagi beberapa sudut di dalam sekolah berkenaan.

Begitulah juga bagi kawasan sekitar Zoo Negara di mana tempat watak cikgu Shaari dan Norkiah berkunjung di dalam filem berkenaan.

Mengimbau kembali kenangan masa lalu, rata-rata netizen menzahirkan rasa senang hati mereka terhadap filem yang sehingga kini mendapat sambutan ramai.

“Zaman masam-masam manis dulu dan sekarang banyak berubah..tapi banyak kenangan dibalik kawasan tersebut”

“Cantiknya tulisan P. Ramlee.. orang dulu tulisan memang kelas begitu”

Sumber: Seniman P. Ramlee

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.