Siakap Keli

KWSP Hubungi Keluarga, Mohon Maaf Insiden Pesakit Kanser Didakwa Diusung Ke Kaunter

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pesakit kanser yang didakwa terpaksa dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya untuk mendapatkan pengesahan bagi mengeluarkan simpanan carumannya.

Isu tersebut telah mendapat pelbagai reaksi kurang senang daripada pelbagai pihak.

Ekoran itu, pihak KWSP telah tampil melalui laman Facebook mereka untuk memohon maaf atas kesulitan tersebut.

KWSP amat kesal dan memohon maaf atas pengalaman kurang menyenangkan yang dialami oleh ahli tersebut dan keluarganya.

Melalui kenyataan itu juga, pihak KWSP menyatakan akan menggunakan pengalaman kali ini untuk memperbaiki proses yang sedia ada supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra