Siakap Keli

(Video) Giliran Indonesia Berhimpun Suarakan Solidariti Henti Penindasan Uighur

Rakyat Turki sebelum ini telah melancarkan protes dengan ribuan daripada mereka berkumpul di Instabul sebagai tanda menolak diskriminasi yang dilakukan China kepada kelompok minoriti di Xinjiang, Muslim Uighur.

Laporan media tempatan memberitahu, jumaat lautan orang ramai berarak dari Masjid Fatih di Istanbul bagi menyuarakan solidariti bersama dengan Mesut Ozil.

Turki sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan situasi yang berlaku di Xinjiang termasuk pada Februari lalu di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tidak hanya di Turki, solidariti terhadap etnik Uighur juga diadakan di beberapa lokasi di Indonesia seperti di Kedutaan Besar China di Jakarta, Sulawesi Tengah dan Lampung.

Selain menuntut pemerintah China memberi kebebasan beragama kepada masyarakat Uighur, mereka juga menuntut pemerintah Indonesia agar lebih lantang menyuarakan pandangan mengenai penindasan yang berlaku Turkistan Timur sama seperti yang dilakukan terhadap umat Islam di Rohingya dan Palestin.

Sumber: Reuters, BBC Indonesia

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.