Siakap Keli
Gambar: BAM/Facebook

Bekas Jurulatih Jaguh Badminton Jepun Kento Momota Meninggal Dunia

Bekas Ketua Jurulatih Persatuan Badminton Perlis dan pemain badminton Jepun, Kento Momota, Izuan Ibrahim, 35 disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam tadi.

Izuan dilaporkan menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sejak 19 Disember lalu didakwa akibat pendarahan otak.

Allahyarham dikatakan tidak sedarkan diri selama lima hari setelah menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku dalam kepalanya pada 18 Disember lalu.

Solat jenazah akan dilakukan di rumah keluarga mentuanya di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Jenazah dijadualkan dikebumikan pada tengah malam ini di Tanah Perkuburan Islam Dato’ Kampung Banggol.

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Negeri Kelantan (PBNK), Dr Naharuddin Hashim menyifatkan pemergian Izuan sebagai satu kehilangan yang besar.

“Ia merupakan satu kehilangan besar bagi dunia badminton negara dan negeri.

“Arwah merupakan contoh terbaik kerana beliau mempunyai kredibiliti dan sangat dedikasi dengan tugas yang dipertanggungjawabkan,” lapor Sinar Harian.

Allahyarham sebelum ini dijangkakan bertugas dengan Persatuan Badminton Negara (BAM) tidak lama lagi.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

Sumber: Sinar Harian

Amira

Love yourself.