Siakap Keli
Kredit: Google

Penunjuk Perasaan Hong Kong Buat ”Rally” Besar Bela Nasib Etnik Uighur Tertindas

Ratusan penunjuk perasaan di Hong Kong menunjukkan simbol bendera biru putih sebagai tanda sokongan kepada etnik Uighur.

Sebahagian daripada mereka memakai topeng biru dengan bendera Turkistan Timur atau lebih dikenali sebagai wilayah Xinjiang.

China dilaporkan telah menahan kira-kira sejuta orang beretnik Uighur di kem tahanan yang didakwa menjadi pusat ‘pendidikan semula’ etnik berkenaan.

Walaubagaimanapun, masyarakat antarabangsa mengecam tindakan tersebut dan mengesyaki kewujudan penuaian organ berskala besar melibatkan kem berkenaan.

Kredit: New Republic

Demonstrasi berkenaan dihentikan pihak berkuasa apabila sebahagian penunjuk perasaan cuba membakar bendera China yang dicabut dari bangunan kerajaan.

Bendera dan sorakan pro-Uighur telah wujud dalam protes di Hong Kong sebelum ini, namun perhimpunan semalam adalah yang pertama dikhaskan untuk Uighur.

“Kita tak patut lupakan mereka yang berkongsi matlamat dengan kita dalam perjuangan mendapatkan kebebasan dan demokrasi serta menentang Parti Komunis China,” kata salah seorang jurucakap perhimpunan berkenaan melalui pembesar suara.

Pertempuran berlaku antara penunjuk perasaan dengan polis yang cuba meleraikan demonstrasi.

Sumber: Al-Jazeera

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.