Siakap Keli

Sampai Ada Yang Hamil, Lelaki Etnik Lain Didakwa Diarah ‘Tidur’ Bersama Wanita Muslim Uighur

Penderaan terbaru terhadap wanita etnik Uighur di Xinjiang dikenakan oleh pihak berkuasa China dengan mewujudkan program “Pair Up and Become Family”. 

Amalan ‘rogol besar-besaran’ terhadap etnik minoriti Islam itu dengan alasan untuk perpaduan etnik.

Bulan lalu, beberapa media Barat melaporkan lelaki China etnik lain diarahkan mengawasi rumah wanita Uighur yang mana suami mereka ditahan pihak berkuasa.

Menurut Rushan Abbas, seorang aktivis Uighur yang ahli keluarganya telah ditahan di kem Xinjiang lebih satu tahun lalu, katanya lagi ia adalah rogol sistematik yang dilaksanakan kerajaan China bagi menghapuskan identiti etnik itu.

“Ini adalah rogol besar-besaran, pihak kerajaan telah menawarkan wang, perumahan dan pekerjaan kepada lelaki etnik berkenaan untuk datang dan ‘berkahwin’ dengan wanita Uighur.

“Wanita Uighur atau keluarga mereka tidak boleh menolak perkahwinan itu kerana jika menolak mereka akan dianggap sebagai pelampau islam kerana enggan mengahwini lelaki tersebut, Mereka tiada pilihan.

“Lelaki itu telah merogol wanita Uighur atas dasar nama perkahwinan selama bertahun-tahun. Ia disedari oleh media setahun yang lalu”, katanya.

Walaupun Kerajaan China mendakwa bahawa program berkenaan mempromosikan perpaduan, ia juga membolehkan para pegawai untuk menguasai Uighur yang telah menghabiskan beberapa dekad yang hidup di bawah pengawasan.

Bulan lalu, seorang pegawai China memberitahu Radio Free Asia tujuan perogram itu dilaksanakan adalah untuk membantu keluarga dengan ideologi mereka , membawa idea baru, berbincang mengenai kehidupan bagi mewujudkan perasaan antara satu sama lain.

“Biasanya seorang atau dua tidur sekatil tetapi jika cuaca sejuk, tiga orang tidur bersama. Sekarang dianggap normal jika wanita tidur bersama dengan ‘saudara lelaki’ pasangan mereka,” kata pegawai itu.

Menurutnya, mereka mendakwa wanita tidur satu meter jauhnya dari ‘saudara lelaki’ berkenaan yang sebenarnya adalah pegawai Parti Komunis serta tidak pernah mengambil kesempatan.

Namun, menurut Rushan Abbas, semua itu adalah pembohongan kerana ramai wanita Uyghur hamil.

Kekerasan dan kekejaman terhadap etnik Uyghur dilaporkan sudah berlaku sejak berdekad lalu, namun ia memuncak mendadak ketika pemerintahan Xi Jinping.

Kerajaan Xi didakwa berusaha membanteras amalan agama di China dan Islam menjadi sasaran utama. Apa yang berlaku terhadap etnik Uyghur di Xinjiang ialah kerana Islamofobia.

Sumber: news.com.au

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)