Siakap Keli

Tiada Lagi Bau, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih Sudah Mula Beroperasi

Satu kenyataan media dikeluarkan untuk memaklumkan status terkini insiden pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih yang  berlaku sejak 21 Disember 2019 lalu.

Sehingga kenyataan media ini dikeluarkan, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah mula beroperasi pada pukul 1.00 petang manakala LRA Bukit Tampoi masih belum memulakan operasinya.

Proses rawatan dan pengeluaran air terawat akan mengambil sedikit masa sebelum bekalan stabil untuk disalurkan kepada pengguna. Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berkaitan penyaluran air terawat kepada pengguna dari masa ke semasa.

Sebagai usaha lanjut untuk memastikan tahap pencemaran bau tidak meningkat semula di air mentah Sungai Semenyih, pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang mengambil langkah proaktif dengan mengepam air dari Tasik Idaman ke Sungai Semenyih bagi tujuan penstabilan dan pencairan pencemaran bau ini. Dengan langkah ini, Air Selangor berharap pencemaran bau tidak akan berulang.

Sebagai usaha membantu pengguna-pengguna terlibat dengan gangguan tidak berjadual ini, Air Selangor terus giat menyalurkan bekalan air kecemasan dengan pengagihan lori-lori tangki air dengan lebih kerap.

Pengguna juga diminta menggunakan  pili-pili awam yang telah dipasang di 14 lokasi diseluruh kawasan terlibat bagi mendapatkan bekalan air.

Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com selain menghubungi talian bebas tol yang kini mengalami kesesakan trafik panggilan masuk. Pelanggan juga boleh menghubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2800919 / 019-2816793 untuk bantuan.

 

Sumber: Air Selangor

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)