Siakap Keli

Tidur Lepas Jam 11 Malam Boleh Buat Anda Nampak Lebih Tua – Pakar Kulit

Kebanyakan orang memerlukan waktu tidur yang cukup iaitu selama tujuh jam manakala kanak-kanak lebih dari waktu itu.

Namun kini, dengan kesibukan kerja serta komitmen terhadap perkara lain membuatkan seseorang itu sibuk dan membuatkan waktu tidurnya kurang dari yang sepatutnya.

Menurut pakar kulit, Geoff Wright, badan manusia mempunyai ‘jam’ dimana kulit akan melembap dengan semula jadi bermula dari pukul 8 malam hingga 11 malam pada setiap hari.

Manakala, pada jam 11 hingga 3 pagi pula adalah disetkan dengan waktu penjanaan semula sel kulit dan penutrisian badan.

Pada waktu ini, proses penukar gantian kulit ini hanya akan terjadi dengan baik ketika tubuh badan sedang tidur. Jika sebaliknya, proses penukar gantian kulit yang terjadi adalah sangat sedikit dan tidak optimum.

Selain itu, risiko untuk tidak berlaku sebarang gantian kulit juga mungkin terjadi dan ia akan menyebabkan kulit anda kelihatan tua dan kusam.

Jadi, sekiranya anda inginkan kulit wajah yang sihat dan berseri, awalkan waktu tidur anda.

Sumber : Shape

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)