Siakap Keli

(Video) Bukan Nak Runtuh, Tapi Memang Reka Bentuk Bangunan

Kuala Lumpur, 23 Dis — Menara kediaman di Jalan Conlay yang kelihatan condong adalah reka bentuk bangunan itu dan bukannya menandakan bangunan itu akan runtuh.

Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group, yang merupakan pemaju projek itu, Joanne Kua berkata struktur binaan menara kediaman itu mempunyai keunikan binaan yang akan kelihatan condong jika dipandang dari sudut berbeza.

“Ia bergantung pada pandangan sudut dan ciri unik binaan itu akan menampakkannya seolah-olah condong.

“Pihak kami sebagai pemaju telah meletakkan asas keselamatan yang kukuh dalam kerja-kerja pembinaannya supaya ia terjamin,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai struktur binaan menara kediaman terletak di tengah ibu kota yang sedang dalam pembinaan itu seolah-olah akan runtuh sehingga menyebabkan panik dalam kalangan orang ramai.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.