Siakap Keli

Disangka Gula-Gula, Anak Dua Tahun Nyaris Mati Tertelan 20 Biji Bateri Jam

Jika anda adalah seorang yang suka meletakkan barang merata-rata dan dikawasan yang mudah untuk dicapai kanak-kanak, sila ubah tabiat anda yang mungkin boleh membahayakan kanak-kanak itu.

Barang-barang kecil dan tajam boleh membahayakan nyawa serta boleh berisiko untuk melibatkan kematian.

Hal ini kerana, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun nyaris maut apabila tertelan 20 biji bateri jenis butang kerana menyangka ia adalah gula-gula.

Kejadian ini berlaku di Queensland, Australia terjadi apabila si ibu masuk ke dalam bilik anaknya dan melihat anaknya memegang bekas bateri yang kosong.

Si anak kemudiannya menunjukkan bekas bateri itu dan berkata “yummy”, membuatkan si ibu risau dan bergegas membawa anaknya ke hospital.

Doktor terus membuat pemeriksaan endoskopi telah menemui sebahagian dari bateri yang ditelan.  Pembedahan yang mengambil masa beberapa jam berjaya mengeluarkan bateri yang sudah berada di perut kanak-kanak itu.

Tindakan segera ibunya itu telah menyelamatkan anaknya kerana jika terdapat sedikit kelewatan, bateri-bateri tersebut boleh membunuh dari dalam.

Sumber : Dailymail

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)