Siakap Keli

“Haifa Macam Dah Tak Bernyawa,” Ibu Kongsi Detik Cemas, Anak Lembik Tak Bernafas Tersedak Susu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Banyak kes bayi yang tersedak susu dilaporkan berlaku. Terdapat juga kes yang melibatkan kematian jika situasi seperti ini tidak dapat dikawal dengan betul.

Seorang pengguna Facebook, Nur Zaind memuat naik dan berkongsi detik cemasketika bayi sulungnya tersedak susu sewaktu di rumah.

Semasa sedang menyusu, bayi terbatuk dan terus kaku tanpa sebarang respon.

Selalu kita dengar atau baca kes bayi tersedak susu sampai meninggal. Kes ini adalah kematian yang tidak disengajakan.
Dan kebanyakannya berlaku di rumah asuhan ataupun taska.

Kalau diingat kembali. Sampai sekarang Nur boleh terbayang kejadian tersedak susu ni berlaku pada anak pertama Nur dan Aidil, iaitulah Haifaa dan  benda ni berlaku di rumah.

Kisahnya kami suami isteri nekad nak susukan Haifaa susu badan sahaja tanpa campur susu formula. Tapi ada sesetengah mak abah kita dulu dah dimomokkan yang susu ibu tak cukup. Anak tak kenyang dan  macam-macam lagi. Maklumlah dulu tak terdedah dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya.

 

Jadi di awal kelahiran Haifaa, lima hari di hospital, dan dua hari di rumah selepas ‘discharged’,mak abah pun cakap hal yang sama. Takut anak tak kenyang.

Jadi beli jugalah susu formula dengan hati yang berat. (masa ni mak abah tak terima lagi apa yang Nur bagitahu tentang susu selepas disokong oleh sepupu-sepupu lain.

Alhamdulillah Allah lembutkan hati dan bukakan minda mak abah dapat faham ). Jadi Nur yang baru menjadi ibu ni dalam pantang taknak stress-stress.

Malam tu tidur dalam bilik sendiri (biasanya dekat ruang tamu untuk mudah mak abah pantau), bagi jugalah susu formula dalam botol dekat Haifaa (untuk pertama kalinya).

Masa tengah susukan tu ada dengar macam Haifaa terbatuk sekali. Sekali ja. Tak nampak macam tersedak. Dan Nur tak tahu pon itu tersedak.

Lepas tu Haifaa macam taknak lagi dah susu. Tengok dia poopoo. Nur ingat dia tak boleh susu tu sebab minum ja terus poopoo.

Lepastu Nur perasan Haifaa macam diam. Mata tak bergerak. Setempat ja dia pandang depan atas masa baring tu. Lepastu perlahan² dia pejam mata. Nur macam hairan. Tidur kah? Hati Nur tergerak untuk gerakkan badan Haifaa. Panggil nama dia. Tapi takda respon. Tak bergerak. Mata tak buka. Macam lembik terus. Eh takkan tidur sampai macamni?? Ulang buat yang sama pon tak da respon. Terus cuak gila jantung macam nak pecah. Ya Allah Haifaa macam dah tak bernyawa!

Terus lari ke mak abah. Cakap Haifaa lembik. Tak bergerak langsung. Nur cakap takut dia poopoo tu macam cair takut cirit sebab susu tu ka apa. Terus ke kecemasan.

Dalam kereta tak berhenti-henti tanya mak. Haifaa bernafas tak?

Mak tak berhenti-henti gerakkan badan Haifaa juga sambil panggil-panggil nama sebab mak yang pegang Haifaa kat depan.
“Celik mata cucu tok. Celik cik.” Mak tak henti ulang-ulang ayat ni. Nur dan Aidil kat belakang.

Masa ni takyah cakap otak ‘blur’ fikir macam-macam. Mulut dok Ya Allah sayang takut b…Takut…

Aidil masih boleh cuba bertenang cakap InsyaAllah Allah jaga Haifaa..

Abah tanya buat apa tadi? Cakap bagi susu botol.

Pastu abah sambung lagi. Ampa bagi tersedak kot??

Bagitahu mak tadi ada dengar bunyi macam terbatuk. Tapi sekali ja.

Abah terus cakap tersedak dah lah tu kot. Pusing tepuk belakang.!

Mak terus pusing dan tepuk-tepuk. Mak tepuk perlahan sebab bayi kan.. Abah cakap tepuk kuat sikit.! 

Lepastu barulah perlahan-lahan Haifaa buka mata.. Nafas pon dapat rasa macam biasa dah.

Masa ni masih dalam kereta. Sampai kecemasan Haifaa dah macam ok. Doktor minta ‘stay’ untuk pantau tapi Nur minta balik ja.

AllahuAkhbar.. Pengalaman betul.

Sekarang anak kedua, Haasya mula-mula kerap juga lah tersedak juga sebab susu laju bila dia mula menyusu tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah dapat dikawal.

Ketika ingin memberi bayi anda minum susu dengan botol, pemerhatian serta penjagaan yang rapi perlu bagi memastikan kes tersedak susu dapat dielakkkan.

Sumber : Nur Zaind

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)