Siakap Keli

“Keluar Kamu Dari Rumah Ini..,” Family Day Bertukar Jadi Seram,1 Keluarga Diganggu Makhluk Halus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pengalaman manis yang ingin dirasai bertukar menjadi tragedi seram apabila keuarga in diganggu makhluk halus ketika sedang menginap di sebuah homestay. 

Selain itu, pada malam kejadian salah seorang ahli keluarga dirasuk dan mereka diminta segera keluar dari rumah tersebut.

Diganggu semasa bercuti

Disini aku nak kongsi cerita mistik kami sekeluarga, pengalaman seram yang berlaku semasa bercuti di sebuah apartment untuk  family holiday. Aku booking dua buah rumah di Block C, group aku tingkat 1 dan group ummi pula di tingkat 2.

Pada malam pertama menginap ummi dah rasa semacam dalam rumah tu, tepat pukul 2.30 pagi ummi terdengar suara merdu mengilai di bahagian dapur, dan diatas rumah pula kedengaran seperti ada tapak kaki berjalan , hentakan kaki tu kuat, padahal atas rumah dorang takda orang pun. Kebanyakanya rumah semua kosong tidak berpenghuni, yang ada pun orang yang tinggal kat situ boleh hitung dengan jari.

Pada hari kedua 19 dis, malam terakhir kami tidur disana, gangguan kuat ni berlaku di homestay ummi. Sebelum kejadian umi dan adik-adik lain sempat makan bersama sambil sembang sembang.

Lepas tu masing-masing dah nak rehat tidur. Adik aku Yus seorang ni tak dapat nak lelap mata. Dia pun layanlah media social di hp. Adik aku Yus dan Qausar ni sebilik, tingkap bilik dorang mengadap dapur, dapur tu dorang biarkan lampu buka.

Tengah Yus dengar lagu guna earphone, then tiba-tiba lampu kat dapur mati, Yus ingatkan abang dia yang tutup. So dia keluar jap gi beranda, nak isap rokok. Masa tu dalam pukul 2 lebih, kat luar tu sunyi sangat.

Lepas dia settle isap rokok. Dia pun masuk rumah. Adik ipar aku Dyla masa tu pun digganggu, tak dapat lelap mata juga, tiba-tiba langsir tu terangkat kuat, padahal takda angin. Masa langsir tu jatuh balik Dyla selak kain tu, nampak ada benda putih terbang.

Adik aku Saari dgn isteri dia Dyla tidur diruang tamu, ummi tidur sebilik dengan asum, masa Yus masuk tandas bila dia switch on lampu, lampu tak menyala, tekan banyak kali tak hidup dia rasa mungkin lampu tu rosak.

Yus pon masuk tandas tanpa lampu. Pastu Yus masuklah bilik, katil kat situ ada 2 tingkat, dia pon baringlah sambil dengar lagu. Tiba-tiba Yus rasa atas katil dia tu ada orang tengah nak baring. Masa tu Yus dah cuak , sumpah cuakk! Katanya.

Yus tak berani nak tengok atas katil tu, mengecut Yus kat katil tu. Tiba-tiba lampu dekat dapur tu menyala. Waktu tu la kelibat tu tinggi tunjuk bayangan hitam dia hampir 1 minit dia kat situ, bagi Yus seminit tu lama sangat, ya Allah.

Yus menggeletar, rasa lemah dan rasa sejukkk sangat sangat. Lampu dekat tingkat tu kejap hidup kejap mati. Dia hilang lepas lampu tu menyala. Lampu tu dah mula berkelip-kelip. Dalam keadaan takut Yus paksa juga diri nak rakam situasi masa tu.

” Keluar kamu dari rumah ini, kalau tak aku bunuh”

Lepas tu nampak anak buah keluar masuk nak ke tandas. Dia suruh mama dia bukakan lampu tandas. Yus cepat-cepat masuk bilik asum bagi tahu apa yang jadi dengan dia.

Masa tu Yus rasa badan dia semakin lemah. Ummi pun terjaga dari tidur bertanya apa yang berlaku. Tiba-tiba lampu kat tandas ummi berkelip-kelip. Masa tulah Yus dirasuk makhluk halus yang menghuni dalam rumah tu.

Masa Yus dirasuk. Jin tu kata “keluar kamu dari rumah ni, kalau tak aku bunuh” Ummi kata tenang sabar, kami menumpang sekejap je. Esok pagi kami keluar, jin tu tak selesa dengan kehadiran keluarga kami.

Macam dia sedang bercakap dengan kawan dia dalam tu dengan bahasa jin. Memang marah sangat jin tu.. dia kata ramai jin duduk dalam rumah tu. Dia yang jaga rumah tu. Dia kata dia jin kafir.

Pada masa tu juga adik ipar aku Dyla, call aku pukul 5.10 pagi. Masa tu aku dah terjaga sebab bangun dari mimpi, dalam mimpi tu tengah gaduh dengan suami. Aku pon capailah hp tu “Iya Dyla, kenapa…”… “Ni haa Yus kene rasuk, cepatlah datang!” .. Aku kata okay jap jap. Aku pon kejutkan suami aku, Man. Dan dia bangun pergi cuci muka dan ambil wudhuk. Dia pon kesana. Masa dia nak menuju ke rumah tu. Dia rasa banyak kelibat tengah tengok dia dari luar rumah.

Sampai sahaja di rumah ummi. Man kata “semua bertenang.” Jin bersuara “kau siapaaa! Suami aku malas nak cakap banyak terus je dia laungkan azan dengan kuat. Jin tu tengok suami aku sambil mata besar.

Muka jin tu seperti takut yang amat sangat dengan azan. Jin tu jadi kaku, badan makin lemah, tangan jin tu pegang bahu Man, tapi Man teruskan azan sampai lah jin tu rebah pengsan. Man terus sambung baca ayat kursi dan laqad jaakum. Nampak jin tu kesakitan.

“Tolong saya, saya nak masuk islam”

Selepas je azan tu habis, badan Yus menggigil rupanya jin betina pula masuk badan Yus isteri jin tadi. Asum kata dekat jin tu dahlah, pagi nanti kami keluar dari rumah kamu. Isteri jin tu kata “Maafkan suami saya.. maafkan.. tolongg..”

Lepastu isteri jin ni menangis.. “Tolong saya, saya nak masuk islam”

Terkejut dengan kata kata jin tu. Ummi pun ajar dia mengucap kalimah syahadah. Lepas jin ni mengucap dia menangis sangat, dia minta nama islam dia dan suami.

Suami jin ummi bagi nama Muhammad Riduan, si isteri pula Siti Khadijah dan jin tu ucap terima kasih banyak-banyak. Dia salam dan peluk Ummi, Asum dan Dyla. Pastu suami dia pulak masuk badan Yus ucap terima kasih dan salam adik lelaki aku.

Dan jin tu kata dia nak keluar dari rumah tu dia dah islam. Nak belajar Islam. Yus pon tersedar dari gangguan tu.

Alhamdulilah semua itu dengan izin Allah. Tidak akan bergerak dengan satu zarah pun melainkan dengan izin Allah SWT. Jadi setiap apa yang berlaku semua dengan izinNya dan semuanya ada hikmah yang tersembunyi.

Jadi setiap apa yang berlaku yakinlah dengan percaturanNya.

Pada pukul 8 pagi, satu family semua ke swimming pool last mandi manda sana. Lepas mandi manda. Semua dah siap siap. Aku pon whatsapp Firdaus yang jaga homestay ni. Masa tu pukul 10 pagi. Aku whatsapp dia bagi tahu kami nak check out awal. Lepas dia datang tengok semua barang rumah dia okay. Dia pun pulangkan semula deposit tu pada aku. Aku pun ceritalah dekat dia kejadian yang berlaku.

Sampai dia seram dengar cerita aku. “Maaflah puan kalau menyusahkan” Aku kata “Takpa okay jer, cik daus takpayah takut dia dah ke surau belajar mengaji tu, senyum dia, kami pon siap sedia nak balik Nilai tapi sebelum balik Nilai kami singgah Pantai Cahaya ambil gambar kenangan bersama keluarga.

Kereta berat, tayar pancit

Masa balik tu adik ipar saya Dyla katanya, masa dalam perjalanan balik. Dia drive tu tiba-tiba kereta dia terasa berat sangat, bila dah nak dekat sampai Nilai tiba-tiba tayar pancit. Syukur selamat balik. Hmm macam-macam gangguan bertabahlah! Setiap apa yang berlaku pasti ada asbab dan hikmah dariNYA.

Apa-apa pun pesan aku dekat korang yang nak bercuti tu sebelum masuk homestay tu bagi salam, bacalah doa pendinding diri, jaga mulut dan jaga adab. Apa-apa pun seronok dapat bercuti sebab dapat berkumpul ramai-ramai dengan family menikmati percutian bersama.

Jap! Jap! Tunggu cite aku tak habis lagi nih hehehe..

Pada 22 Disember petang tu aku, Man, ummi, adik-adik dan abg Kudar lepak santai kat rumah aku sambil tu kita orang layan roti si asum buat, kopi kopi kami petang tu. Tiba-tiba adik siti kena rasuk, bila tanya dari mana.. dia kata dia datang dr Apartment ****** tapi dia duduk tingkat 3 rumah hujung, dia bagi tahu dia terdengar suami aku azan masa tu kuat kedengaran. Jin tu kata.. mereka rasa sakit, ketakutan sangat dan gerun mendengar azan tapi dia rasa tenang.

Kehadiran Jin tu nak minta maaf dengan Man, jin tu kata ramai kawan-kawan dia kat sana sakit lepas dengar azan. Dan niat jin ni mula-mula tu nak serang Man tapi dia kata tu kerja Tuhan yang dia boleh cuma bagi sakit, kebetulan pula kita orang balik petang tu dari bercuti.

Malam tu Man dah demam panas kuat, sekarang dah hari ke tiga dia demam tapi Wallah’hualam, Allah je tahu.

Dia kata nak minta maaf dengan Man. Lepastu dia dengan rela hati nak minta masuk islam dan dia kata nak bawa seluruh ahli keluarga dia keluar dari apartment tu dan bawa masuk islam. Baru dia kata rasa betapa indahnya Islam.

Dan masa tu ummi ajar dia mengucap kalimah syahadah dan nama yang diberi Muhammad Alif. Lepastu dia minta izin keluar dan beri salam kepada kami semua.

Alhamdulilah semua dengan izin Allah. Hanya dengan laungan azan jin dapat hidayah. SubhanauAllah Hidayah itu milik Allah. Dan jin juga makhluk Allah.

Ustaz kata syaitan akan ketakutan lari sampai terkentut-kentut bila mendengar suara azan, syaitan menganggap azan sebagai sesuatu yang sangat besar dan sangat menakutkan mereka.

Semoga kita semua senantiasa dalam lindungan Allah swt dan jangan pernah berhenti untuk beramal. Ampunkan dosa dosa kami ya Allah ameen.

Allah SWT berfirman:
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”

Sumber : Facebook

Nurul Alia Ali