Siakap Keli

Lorong Tambah Nilai Di Plaza Tol Masuk Lebuhraya PLUS Ditutup Sempena Krismas

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol masuk seliaannya mulai 24 Disember 2019 hingga 2 Januari 2020.

Perkara tersebut bertujuan untuk membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2020 yang akan datang.

Penutupan lorong tambah nilai sepertimana dilaksanakan pada setiap musim perayaan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh pelanggan beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.

Sehubungan itu, bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa. PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal selain memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi.

Pada musim perayaan ini, PLUS menjangkan peningkatan jumlah trafik sebnayak 18 peratus kepada 2 juta kenderaan berbanding 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

PLUS juga tidak menyediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol. Namun begitu, terdapat kira-kira 11,000 pusat menambah nilai kad Touch ‘n Go di seluruh negara yang merangkumi mesim ATM, R&R, stesen minyak, kedai serbaneka, pasaraya dan lain-lain lagi.

Pada masa yang sama, PLUS juga ingin memaklumkan bahawa pelanggan lebuhraya PLUS masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini.

Oleh yang demikian, mereka dinasihatkan supaya menamnah nilai kad Touch ‘n Go mereka dan menggunakannya untuk semua transaksi tol di lebhraya seliaan PLUS.

Sumber: LLM Trafik

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)