Siakap Keli

Masjid Di Perlis Akan Mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari Khamis Ini

Empat masjid utama dan 15 masjid lain di seluruh negeri  Perlis akan mengadakan solat sunat gerhana matahari Khamis ini.

Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) hari ini empat masjid utama itu ialah Masjid Alwi, Kangar, Masjid Negeri, Arau, Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar dan Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis yang masing-masing akan  melakukan  solat tersebut pada  pukul 11.20 pagi.

Bagaimanapun 15 masjid lain akan mengadakan solat tersebut selepas solat  Zohor.

Fenomena Gerhana Matahari Anulus (Cincin) diramal akan mula berlaku pukul 11.26 pagi, Khamis 26 Disember ini dan berakhir 3.27 petang hari sama.

Menurut JAIPs, solat sunat gerhana matahari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi akan diadakan di Masjid Al Huda, Felda Mata Ayer, DUN Beseri di Masjid Ar Rahman, Kampung Belukar, Beseri dan DUN Chuping di Masjid Al-Solihin, Chuping.

SOLAT-GERHANA 2 (AKHIR) KANGAR

Masjid-masjid lain ialah Masjid Al-Islah, Ngulang (DUN Mata Ayer), Masjid Jannatul Naim, Beseri Sungai Paya (DUN Santan), Masjid Al-Imarah, Abi Batas Paip (DUN Bintong), Masjid Muhammadi, Jejawi Sungai Adam (DUN Sena) dan Masjid Saidina Umar, Kampung Guar Syed Alwi bagi DUN Indera Kayangan.

Solat tersebut juga akan diadakan  di Masjid Al-Firdaus, Kampung Padang Besar Selatan bagi DUN Kuala Perlis, Masjid Al-Munir, Batu 5 Jalan Kuala Perlis (DUN Kayang), Masjid Al-Mursyid, Guring (DUN Pauh), Masjid Al-Falah, Behor Mempelam (DUN Tambun Tulang), Masjid Nurus Salam, Behor Mentalun (DUN Guar Sanji), Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai Baru (DUN Simpang Empat) dan Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas (DUN Sanglang).

JAIPs meminta umat Islam hadir beramai-ramai menjayakan solat sunat gerhana matahari itu sebagaimana telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda.

Sumber: Bernama

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.