Siakap Keli

Pernah Jadi Mangsa, Azhan Rani Dedah Taktik ”Scammer” Hingga Duit Kerja Siang Malamnya Habis Lesap

Dalam dunia yang serba canggih pada hari ini, pelbagai teknologi telah dicipta untuk memudahkan urusan seharian kita. Tidak boleh disangkal lagi bahawa teknologi yang wujud pada hari ini sememangnya mempunyai pelbagai kesan positif dan negatif kepada kita.

Antara kesan negatifnya ialah penipuan. Pada hari ini, banyak kes-kes penipuan yang dibuat oleh sindiket penipuan online ini menyebabkan orang ramai kerugian ribuan ringgit. Justeru daripada itu, adalah amat penting buat kita untuk sentiasa berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Terkini, seorang pelakon terkenal bernama Azhan Rani telah berkongsikan pengalaman beliau yang didakwa telah menjadi salah seorang daripada mangsa sindiket penipuan online ini. Menerusi perkongsian yang dibuat melalui akaun Instagramnya, beliau menyeru kepada orang ramai supaya jadikan pengalamannya ini sebagai peringatan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Haaaa ni nak bagitau contoh #macauscam buat kerja. Ni aku baru dapat message tadi, diaorang akan bagi satu message statement macam ni. Aku takde pun akaun affin bank dan aku takde buat mana-mana tempahan kat trivago pun.

Trick diaorang akan harapkan kau marah dan dah tentu ko akan call number yang warna biru tu. Bila kau call diaorang akan buat-buat macam oh ada orang guna nama kau dan minta segala maklumat kau. Maka kat situ diaorang akan sedut semua duit dalam akaun kau.

Tahun lepas aku kena macam ni juga kononnya ada pembelian dari akaun credit card cimb yang aku tak pernah ada. Tapi masa tu aku bodoh hilang semua duit kerja siang malam aku kat malaun semua ni. Buat report berjam-jam sampai dua balai polis aku kena pergi, last report sampai 6 helai.

Sudahnya setakat legakan hati aku je. Duit kau takkan dapat balik. Tapi itulah pelajaran dia, tahun depan ni aku dah azam bodoh lama takkan dibawa ke tahun hadapan. Sekian moga perkongsian ini dapat jadi peringatan bersama!

Sumber: Azhan Rani

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.