Sebuah keluarga dari Lviv, Ukraine dikejutkankan dengan ‘serangan’ 1,700 ekor kelawar di rumah mereka.
Menurut keluarga itu, unit kediaman mereka terletak di blok apartmen yang menjadi lokasi pilihan haiwan berkenaan untuk mengawan dan berhibernasi pada musim sejuk.
Kumpulan kelawar tersebut dikatakan memasuki rumah itu menerusi balkoni lalu memenuhi ruang termasuk di dalam almari, laci dan guni sayur-sayuran milik keluarga tersebut.
“Kelawar pertama terbang ke balkoni ni kira-kira seminggu yang lalu”, kata pemilik rumah tersebut.
Menurut Dr Andriy-Taras Bashta dari Institut Ekologi Karpaty yang dihubungi bagi menangani situasi itu berkata, waktu ini merupakan musim mengawan buat kelawar-kelawar tersebut.
“Kira-kira 80 peratus kelawar tersebut masih kecil, mereka berada didalam laci dan belakang dinding” katanya.
Katanya lagi, dia mengambil masa empat jam untuk mengumpulkan semua kelawar tersebut.
Sumber: metro.co.uk