Siakap Keli

Sendi Boleh Terseliuh, Ini 5 Keburukan Jika Selalu Letupkan Jari Dan Tulang Belakang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai yang biasa amalkan aksi ‘letup’ jari atau belakang terutamanya bila jari atau belakang berasa lenguh. Rasa satu perasaan yang best sangat bila dapat ‘letup’ kan?

Tanpa kita sedar, ‘letup’ jari atau mana-mana sendi ini boleh memberi tindakan refleks yang memberikan satu rasa kelegaan buat kita.

Namun begitu, tabiat ‘letup’ jari ini sebenarnya boleh mendatangkan keburukan kepada kita.

Satu kajian dari universiti luar negara menunjukkan apabila sendi ditarik, akan terdapat ruang kecil yang diisi oleh gas. Maka, apabila ia ditekan, terhasil bunyi ‘pop’.

Menjadi habit dan Ketagih?

Perkara tersebut berlaku kerana dipengaruhi oleh kawalan otak, dimana anda menganggap bunyi letupan itu adalah satu cara ynag boleh untuk melegakan.

Ia terdorong untuk anda lakukan sentiasa dan akhirnya menjadi habit harian apabila berasa lenguh.

Apabila anda melakukan perbuatan tersebut akan terdapat bunyi seolah-olah tulang meletup. Ia adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair sinovial dan gas yang ada pada bahagian sendi tulang tersebut.

Risiko amalan ‘letup’ jari atau tulang belakang atau sendi

  1. Risiko penyakit tulang arthritis

Satu eksperimen telah dilakukan oleh Dr Donald Unger keatas dirinya sendiri. Dia telah meletupkan jari pada tangan kirinya, sekurang-kurangnya dua kali sehari selama 50 tahun manakala tangan sebelah lagi tidak diletupkan.

Ternyata kedua-dua tanganya tidak diserang arthritis termasuklah jari yang diletupkan itu. Ini membuktikan bahawa amalan meletupkan jari ini tiada kaitan dengan arthritis.

Namun begitu, ia mungkin berisiko untuk menyebabkan arthritis.

2. Mengalami inflamasi dan menjejaskan kekuatan tangan

Dalam satu kajian lain membuktikan bahawa tabiat meletup jari mempunyai kaitan dengan kekuatan tangan.

Perkara tersebut mampu menyebabkan jari mengalami inflasi dan melemahkan kekuatan tangan serta menjadikan tulang hasu dari semasa ke semasa.

3. Tulang jari melebar

Tulang pada setiap buku jari  iaitu bahagian penyambung tulang akan mempunyai kelebaran yang ekstrem berbanding jari biasa sehingga ada ketikanya menyebabkan cincin mudah tersekat pada bahagian sendi jari.

Jadi jika anda tidak mahu tulang buku jari semakin melebar, elak daripada melakukan amalan ‘letup’ jari ini.

4. Hipermobiliti pada sendi

Risiko yang paling bahaya ialah apabila anda terlalu kerap meletupkan sendi tulang belakang ataupun leher dengan sendiri, ia boleh menyebabkan hipermobiliti pada sendi. Maka, sendi tersebut boleh menjadi lebih sakit dan menegang.

5. Terseliuh sendi

Hal ini boleh terjadi apabila perbuatan meletupkan tulang belakang dilakukan dengan cara salah dan keterlaluan yang bukan dilakukan oleh pakar.

Jadi, kesimpulannya, anda hendaklah mengelak risiko yang dinyatakan di atas dengan merujuk pakar jika anda kerap sakit tulang belakang atau sebagainya.

Namun, ini bukan bermaksud anda tidak boleh langsung meredakan kesakitan yang anda rasa. Tetapi tukar caranya iaitu dengan menggunakan pek sejuk atau panas untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai.

Selain itu, anda boleh melakukan senaman regangan dengan bantuan pakar terapi fizikal atau fisioterapi.

Sumber: Wan Zahid, Flexphysiotherapy

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)